Rabu, 23 November 2011

bersamamu

Ku mula dengan senyuman
Ya allah maafkanlah aku yg lemah ini, hamba begitu lemah ya allah..
Iman hamba masih begitu lemah..
Tetapi hamba yakin ada hikmah yg ingin Engkau berikan pada hamba...

Aku tak pernah berusaha untuk melupakan nya,
Sekuat hati, sekuat niatku, sebanyak doaku,
Bantu aku ya Rabb..
Merelakannya, mengikhlaskannya..
Entah mengapa perasaan ini begitu sulit untuk aku kendalikan
Perasaan yang sudah lama bersemayam di hatiku
Tersimpan rapi di hatiku..
Sungguh aku menikamatinya, meski terkadang aku menangis
Terkadang hasrat ingin memilikimu begitu berkecamuk di dalam dada
Tetapi aku begitu takut untuk mengungkapakan perasaan ini..

Setiap hari aku mencarimu,
Aku menangis,
Apa kau tahu??
Kini aku telah menemui mu,
Sungguh aku sudah begitu bahagia hanya dengan kamu memanggil namaku, tertawa bersamaku,
Air mataku pun menetes ketika tahu jika wanita itu adalah cinta pertamamu
Kau begitu mencintainya dan begitu setia padanya meski kau jauh di mata..,
Apa kau tahu??
Siapa cinta pertamaku??
Itu kamu, yaaa kamu cinta pertamaku
Aku mencintaimu jauuhh sebelum kamu seperti saat ini, yang begitu membanggakan..
Aku mencintaimu jaauuhh sebelum banyak wanita yang tergila-gila padaku..

Ya Rabb..
Umat-Mu yang satu itu begitu istimewa bagiku..
Walaupun dia tak berharta
Walaupun dia tak sama seperti pria-pria yang pernah aku jumpai
Tetapi aku jatuh cinta padanya..
Walaupun sekian lama aku tidak bertemu dengannya
Tetapi bayangan wajahnya masih teringat jelas di memoriku, wajahnya yang mempesona..

Aku mencintaimu bukan kerana pencapaianmu..
Aku mencintaimu kerana tunduk dan patuh mu terhadap Tuhanmu
Aku mencintaimu kerana budi pekertimu
Aku mencintaimu kerana kelembutan hatimu
Aku mencintaimu kerana sayangmu terhadap umi dan abah mu
Aku mencintaimu kerana pengetahuanmu
Sungguh kamu adalah inspirasiku..
Aku begitu bangga kerana mencintaimu walaupun kamu tak pernah tahu apapun tetang perasaanku
Aku hanya berharap kamu selalu ada di dekat ku,
memberiku semangat ketika aku sedang putus asa
menghiburku ketika aku menangis
mengingatku ketika aku mula menjauhkan dari tuhan
memberikan jawaban dari semua pertanyaanku..
Walaupun aku tak diberi kesempatan untuk disisimu sebagai kekasihmu..
Tapi aku bahagia, bahagia kerana cinta ini, bahagia kerana mencintaimu..
Kenangan indah ku adalah ketika aku mengingat Allah, aku juga mengingat kamu..

Yaaa hidup harus terus berjalan..
Mudah-mudahan ini adalah tulisanku yang terakhir yang membicarakan tentangmu..
Aku ingin mengikhlaskanmu, ajari aku utuk mengikhlaskanmu..
Aku yakin Allah akan memberikan yang terbaik untuk umatnya..

Ya allah..
Sungguh aku ingin semuanya bahagia, terutama dia..
Semoga ia bahagia selalu…
Walaupun ia tak tahu akan perasaan ini, tapi Engkau tahu ya allah..
Terimakasih atas cinta-Mu ya Allah
Tanpa keizinan-Mu aku tak akan pernah mencintainya..
Sesunnguhnya Engkaulah yang memiliki segalanya, termasuk perasaan kasih dan cinta..
Engkau bisa dengan mudahnya membuang perasaan cinta ini untuknya tetapi Engkau belum membuangnya dari hati hamba..
Amin ya Rabb..